Friday, October 28, 2016

Meraikan Pengantin

Esok kami berada di Tanjung Gading bagi memeriahkan pasangan pengantin kami. Sesi penggambaran yang menarik adalah di Parit Karang Tanjung Gading. Jom follow kitorang esok petang!

Thursday, October 13, 2016

Malam Bakat Anggun

Malam Bakat Anggun
       25.Dec.2016
Hotel Pelangi Muar
        8.00malam
Malam Bakat Anggun di anjur kan oleh Shanz Hospitality merangkap Event Planner dan Wedding Planner Anggun Ratu Bridal.
Bertujuan malam mesra anggun bersama MUA Malaysia yg baru dan tidak lebih dari 10tahun menceburi di dalam bidang tatarias solekan dan ingin mengetengah kan bakat serta membina keyakinan diri menatarias si anggun dalam Contest Catwalk N Beauty dari umur 5tahun sehingga 55tahun.Juga terbuka kepada semua bangsa di Malaysia.
Syarat dan penyertaan Contest Catwalk N  Beauty ini terbahagi kepada 4 katergori
Kategori pertama:Princess 5thn- 12thn(Tema Kostume Cartoon)
Kategori kedua:Diva 17thn - 24thn(Tema Kebaya Nyonya)
Kategori ketiga:Beauty Mama 26thn ke atas (Tema Pakaian Tradisional Malaysia)
Kategori ke empat:Beauty Grandma 45thun ke atas(Tema Arabian Elegant Merah Hitam)

Syarat penyertaan hanya kepada kategori 2,3 dan 4shj:syarat sah pembelian kosmetik rm50 ke atas dalam satu resit.
Yuran penyertaan untuk peserta Catwalk Beauty Contest Kategori Pertama:RM100 berserta makan malam
Yuran penyertaan untuk peserta Catwalk Beauty Contest Kategori Kedua,Ketiga dan ke Empat:RM150 berserta makan malam
Yuran Penyertaan Barisan Mua Malaysia:RM150 beserta makan malam

Hadiah Kategori Princess Costume Tercantik RM150 hamper,sijil dan trofi
Hadiah Kategori Princess Catwalk Terbaik RM150 hamper,sijil dan trofi.saguhati kepada semua peserta.

Hadiah Kategori Diva Kebaya Nyonya Tercantik RM150 dan hamper
Hadiah Kategori Diva Catwalk&Make Up Terbaik RM150 dan hamper.saguhati kepada semua peserta.Hadiah keseluruhan Juara Diva RM250 trofi serta sijil penyertaan dan MUA RM500 trofi dan sijil penyertaan.

Hadiah Kategori Beauty Mama Pakaian Tradisi Tercantik RM150 dan trofi 
Hadiah Kategori Mama Beauty Catwalk&Make Up Terbaik RM150 dan trofi.saguhati kepada semua peserta.Hadiah keseluruhan Juara Beauty Mama RM250 trofi serta sijil penyertaan dan MUA RM500 trofi dan sijil penyertaan.

Hadiah Kategori Beauty Grandma Pakaian Bertema kan Arabian Tercantik RM150 dan trofi
Hadiah Kategori Beauty Grandma Catwalk&MakeUp Terbaik RM150 dan trofi.saguhati kepada semua peserta.Hadiah keseluruhan Juara Beauty Grandma Rm250 trofi serta sijil penyertaan dan MUA RM500 trofi dan sijil penyertaan.

KEPADA BARISAN MUA TEMA WARNA  PAKAIAN HANYA BERWARNA HITAM DAN PUTIH SHJ.YANG PENTING JUGA ANDA SEMUA MESTI JUGA DALAM KATEGORI ANGGUN.


BARISAN MUA MASING2 MENGIRINGI SI ANGGUN JELITA YANG TELAH DI NOBAT KAN SEBAGAI TOP 5.DAN AKAN DI BERI KAN SETIAP SEORANG SATU SOALAN KEPADA MUA DAN SI ANGGUN TENTANG DUNIA KECANTIKAN JUGA SOLEKAN.


  KEPADA HADIRIN YANG INGIN TURUT SERTA MEMERIAH KAN MAJLIS MALAM BAKAT ANGGUN INI BAYARAN UNTUK DEWASA RM50 DAN KANAK KANAK RM25 DARI UMUR 7TAHUN HINGGA 12TAHUN
SYARAT BERPAKAIAN KEPADA LELAKI HENDAK LAH KEMAS BERKEMEJA DAN BERKOLAR DAN PEREMPUAN HENDAK LAH SOPAN DAN TIDAK BERSKIRT DAN TIDAK BERSELUAR PENDEK


UNTUK PERTANYAAN LANJUT 
SILA HUBUNGI@WHATSAPP KE 01121648758(HANIE)
    TERIMA KASIH

Album perkahwinan

Dapatkan harga perkhidmatan terbaik dari kami untuk majlis perkahwinan anda. Kami ada Andaman, Pelamin untuk majlis perkahwinan dan majlis bertunang. Kalian boleh pilih yang sesuai mengikut kemampuan dan citarasa tersendiri atau kami pilihkan anda yang sedondon dan sepadan kerana kami adalah pakar perunding visual dan imej. Terbuka untuk bulan November dan Disember 2016 bermula sekarang!

Jurugambar perkahwinan Malaysia. Untuk keterangan dan maklumat serta tempahan perkhidmatan sila hubungi talian baru kami di:
019-650 2783

Abang tentera yang hensem

Tahniah dan tabik spring untuk abang tentera.

Cinta usia jiwa

tahniah pengantin. semoga dapat baby cepat. majlis di tanjung gading muar.

Posse pengantin di Segamat

Cantik kawasan shooting ini. pengantin juga sangat comel

Merah tanda cinta membara

pengantin berbakat pandai bermain gendang dan tabla. suara kedua2 mempelai memang sedap dan pandai menyanyi.

Masjid Jamek Muar

Selesai majlis nikah possing sekeping depan masjid. kenangan ni.

Shoot Majlis perkahwinan di Melaka



Cuaca panas takpe asal ada gaya. Biar penat sekejap asal kenangan tetap terukir.

Shoot produk jubah




Shoot untuk koperasi











majlis mesyuarat tahunan koperasi.

Majlis pertunangan






Buat pertama kali dalam 10 tahun perkhidmatan fotografi perkahwinan kami membuat penghijrahan brand perkhidmatan kali ini. Pengalaman 10 tahun ini kami tempuhi dengan pelbagai suka dan duka menempuh dunia perniagaan dalam dunia foto, album, printing, rekaan album dan juga pelbagai majlis keraian. Sudah cukup banyak rencah asam garam yang kami lalui dan ianya memberi inspirasi yang sangat bermakna dalam meneruskan kerjaya sebagai jurugambar perkahwinan. Sejarah bermula 10 tahun dahulu dengan tertubuhnya group rekagrafik yang bermula operasi dengan domain rekagrafik.com. Kemudian kami berpindah ke domain rekagrafik.net sebelum terciptanya blog ini dengan nama yang cukup sinonim dengan bandar Muar. Asas utama kami ialah memperkenalkan perkhidmatan kami bermula dari bandar yang terkenal dengan mee bandung iaitu Muar, dan kami tambah dengan sirehjunjung atas alasan ianya berkaitan dengan perkahwinan. Maka, meebandungsirehjunjung adalah membawa maksud Muar dan perkahwinan. Itulah antara serba sedikit sejarah awal terciptanya blog ini. Permulaan kerjaya dengan 2 orang jurugambar kemudian kami tambah lagi menjadi 5 jurugambar. Jatuh bangun kami ketika berada dalam perjalanan hanya Allah saja yang tahu tetapi kami tetap meneruskan kerjaya ini atas alasan minat kami yang mendalam dalam pembikinan album perkahwinan. Di pertengahan kemuncak kejayaan kami adat jatuh bangun itu sudah tegar jadi kami tetap bersemangat meneruskan walaupun ahli kumpulan kami berkurangan dari tahun ke tahun…

Kemudian…kami jual syarikat kami kepada seorang rakan yang juga jurugambar yang berpusat di Kuala Lumpur dengan harga yang sangat murah. Kami lantik rakan kami menjadi ketua dalam group dan beliau mengorak langkah lebih jauh. Kini kami kembali dengan 4 tenaga kerja yang terlatih dalam perkhidmatan kami. Semoga usaha beliau dipermudahkan. Kepada semua yang sering datang ke blog ini terima kasih kami ucapkan dan kami hargai semua pelanggan yang pertama hinggalah ke hari ini.